Followers

Friday, December 11, 2009

LOKASI TADIKA DAN TASKA



AR RAZI ISLAMIC ENGLISH KINDERGARTEN /

TADIKA AR RAZI


TADIKA NI TERLETAK DI LORONG TANJUNG KUANG, RAWANG.

Ni tadika yang pertama sekali terdiri daripada kelas 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.



Terdapat juga RUANG BAHASA MELAYU, ENGLISH CENTRE, MATH & SCIENCE CENTRE, RUANG MUSSOLA, RUANG ICT , RUANG MEMBACA, RUANG BERMAIN, SUDUT KREATIVITI DAN KANTIN.









Ni pandangan hadapan sikit... bolehlah tadika ni duk dalam kampung dan tanah lot seluas.... tak ukur plak....












Ni pandangan lagi depan tadika ar razi. Nampak tak kat depan ada padang yang luas. dan di belakang sekolah nampak tak ada banyak pokok getah..... siap boleh menoreh lagi.... Tapi sekarang ni dah tebang......








AR RAZI DAYCARE KUANG / TASKA A RAZI KUANG




TASKA NI TERLETAK DI LORONG TANJUNG, KUANG RAWANG.


Wah! Ar Razi daycare ni memang best..... warnanya purple kuning.... sama dengan warna baju sukan sekolah.....








Ni kat depan taska ada pasu bunga yang dijaga oleh tukang kebun... namanya Pakcik Masri... dia memang kreatif..... Kat depan taska siap ada kerusi batu untuk ibubapa menunggu anak-anak mereka keluar.....
Kat situ jugak tempat ibubapa bersembang dengan pengasuh-pengasuh...






AL AZEEM DAY CARE




TASKA NI TERLETAK DI TAMAN KUNDANG JAYA, RAWANG, SELANGOR.
Nampaknya pengusaha ni suka sangat pada warna purple dan kuning.. Ok tak pemilihan warna cat saya?.... Well Everybody have their favourite colour...








Ha.. siap fokus nombor rumah tu. No 64, Jalan KJ 1c/2. Walaubagaimanapun taska ni baru saja dihentikan operasinya kerana semua barang dipindahkan ke 3 taska lain.
Ada 3 sebab perpindahannya:
1. Kawasan nya jauh, tiada kemudahan infrastruktur seperti kedai, bas dll.
2. Sangat sukar untuk saya mendapatkan staf, oleh itu staf sering bertukar ganti.
3. Tidak berjaya mendapatkan rumah lot tepi kerana semua dah penuh. Maka susah nak proceed license. dll




CAHAYA AR RAZI DAY CARE TAMAN TASIK BIRU/
TASKA CAHAYA AR RAZI TAMAN TASIK BIRU




Taska ni cat dia dah lain sikit. Cantik tak.... Saya suka sangat gabungan warna yang dihasilkan. Sejuk dan tenang mata memandang.
Terima kasih kepada Cat........ sangat memberi inspirasi. Harga setin besar RM 160++
habiskan hampir RM1000 lebih untuk cat luar dan dalam.






Kenapa Buka Taska di taman Tasik Biru ni kerana desakan parent yang memerlukan perkhidmatan taska Ar Razi.
Kalau nak tau parent tu yang tolong carikan rumah ni. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
TQ. Pn LIZA...




CAHAYA AR RAZI DAYCARE DESA COALFIELDS /
TASKA CAHAYA AR RAZI DESA COALFIELDS


TASKA NI BEROPERASI DI DESA COALFIELDS SG BULOH.

Ha.... taska desa coalfields ni warna nya lebih kurang sama dengan Tasik biru. Mula-mula taska ni adalah milik kawan saya dah arwah namanya Pn Eisya Jannah dah kembali ke rahmatullah. Mari kita sedekahkan Al-FATIHAH padanya. Pada asalnya lokasinya di jalan DC 3/....... kemudian saya mendapat peluang berpindah ke bangunan yang lebih besar dan harga lebih murah.


Rumah nya bernombor 1 adalah antara rumah yang mempunyai kawasan yang paling besar antara kawasan sekitarnya, lokasi berhadapan kolam dan padang. Kalau nak tau tuan rumah ni berbangsa cina tapi mempunyai hati yang sangat mulia dan ingin membantu kanak-kanak khususnya. MISS TAN namanya. Beliau seorang yang berjaya tetapi sangat menyokong niat murni saya dalam memberi pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak. HIDUP 1 Malaysia.



Taska ini menawarkan Playschool kepada kanak-kanak seawal 2 tahun - 5 tahun. Hasrat saya ingin melihat semua pelajar saya mendapat pendidikan yang berkualiti khususnya komunikasi dalam bahasa Ingeris dalam hubungan kanak-kanak dan guru pengasuh. INSYALLAH. Selamat berjaya di tahun 2010. Semoga guru-guru pengasuh akan lebih peka untuk mencapai matlamat ini selaras dengan misi dan visi sekolah. AMIN...



































No comments:

Post a Comment