Followers

Thursday, December 10, 2009

Misi dan Visi

VISI


MELAHIRKAN KANAK-KANAK YANG BERKEBOLEHAN DARI SEGI INTELEKTUAL, ROHANI, JASMANI DAN EMOSI TANPA MENGABAIKAN FITRAH KANAK-KANAK. MENERAPKAN JIWA KANAK-KANAK MENJADI INSAN YANG BERPENGETAHUAN LUAS, MENGAMALKAN AKIDAH DAN AKHLAK TERPUJI SERTA AKAL YANG SIHAT DAN CERGAS. JUGA BERSEDIA BERBAKTI KEPADA KELUARGA BANGSA DAN NEGARA.
MISI
  • Membimbng kanak-kanak boleh membaca dan mengira seawal 4 tahun.
  • Membentuk akhlak yang mulia dalam diri kanak-kanak dan kehidupan mereka.
  • Melatih kanak-kanak berkomunikasi Bahasa Inggeris dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.
  • Menerapkan asas dan cara hidup islam yang baik.
  • Mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak.
  • Menyediakan kanak-kanak ke peringkat yang lebih formal.
Pandangan Ahli Falsafah

FroebelPendidikan itu tidak ada satu asas atau permulaan yang teratur melainkan memulakan sekolah taman Kanak-kanak (Kindergarten)
ROUSSEAUPercaya bahawa pendidikan untuk kanak-kanak hendaklah diberi berdasarkan kepada pengalaman secara terus/secara lansung- tidak secara lansung dari buku-buku, guru yang awal bagi kita adalah tangan dan kaki, mata dan telinga kita.
John LockeMemberikan pendidikan yang sempurna itu adalah memang menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa dan segala kebajikan dan kejayaan serta kemajuan bangsa itu adalah tertanggung kepadanya.
COMENIUSJika manusia itu hendaklah menjadi manusia , dia mesti mendapat pendidikan. Beliau mesti dididik dengan saksama dan kerana ini kita berkehendakkan sekolah.
ARISTOTLESekarang tidak ada sesiapapun diantara kita dapat menafikan bahawa pendidikan perlu diberikan kepada kanak-kanak dan, mengabaikan hal ini bererti satu gejala yang buruk akan berlaku kepada Negara bangsa dan perlembagaan yang telah disediakan.
PLATOProses pelajaran hendaklah diberi kepada kanak-kanak tidak secara paksa pada masa mereka masih muda kerana mereka perlu jiwa yang bebas belajar mengikut cara mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment