Sunday, November 29, 2009

** LATAR BELAKANG **

ASSALAMUALAIKUM W.B.K
TADIKA AR RAZI (AR RAZI ISLAMIC ENGLISH KINDERGARTEN) DAN TASKA AR RAZI(AR RAZI DAYCARE) mula bertapak pada bulan Oktober 2004 dan beroperasi di alamat

NO 1,2&3, LOT 2354,
LORONG TANJUNG, KG DAMAI,
KUANG, 48050, RAWANG SELANGOR.


Saya mendapat ilham dan minat dalam penjagaan kanak-kanak sejak saya mempunyai zuriat sendiri pada 29hb May 2001. Minat ini semakin berkembang selepas saya berkenalan dengan seorang hamba Allah
iaitu Pn Eisya Jannah yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007.
Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan pandangan dalam menguruskan sesebuah taska dan tadika. Beliau juga mempunyai sebuah tadika dan taska yang diberi nama MURNI EDUCARE yang beroperasi di Taman Tasik Puteri. Terima Kasih pada beliau dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas RohNya. Sama2 kita sedekahkan AL FATIHAH kepadaNya.....AMIN

Ketika itu bilangan pelajar yang mendaftar pada sesi 2005 adalah seramai 30 orang kanak-kanak.Pada waktu itu, saya rasa amat gembira dan bersyukur yang tak terhingga kepada Allah Swt di atas rezeki yang dianegarahkan pada saya.
ALHAMDULILLAH.

Kenapa Ar Razi?
Ar-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman Pertengahan. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya tetapi di kalangan masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M bersamaan 251H..
Ar-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak.
Dan sebab yang paling penting ialah saya suka sangat pada AR RAZI... 
Sejarah Cawangan Ar Razi....

1. Ar Razi Islamic English Kindergarten
No 1& 2, Lot 2354
Lorong Tanjung, Kg Damai
Kuang, 48050
Rawang.

2. Ar Razi Daycare
No 3, Lot 2354
Lorong Tanjung, Kg Damai
Kuang, 48050
Rawang.

3.Taska Azeem(Kundang Jaya) dibuka pada Oktober 2005
No 64, Jalan KJ 1C/2
Taman Kundang Jaya
48050 Kundang
Rawang Selangor
(telah dipindahkan pada oktober 2009)

4. Tadika Ar Razi (cawangan Kundang Jaya)
No 64, Jalan KJ 1C/2
Taman Kundang Jaya
48050 Kundang
Rawang Selangor
(telah dipindahkan oktober 2008)

5. Taska Cahaya Ar Razi dibuka pada september 2007
No 1, Jalan DC 3/15
Desa Coalfields
Sg Buluh 47000
Selangor.
6. Taska Cahaya Ar Razi (Cawangan Tasik Biru) dibuka pada Jun 2008
N0 2, Jalan TB 4
Taman Tasik Biru
48050, Kundang,
Selangor.
(telah dipindahkan oktober 2009)

7. Taska Cahaya Ar Razi
Cawangan Saujana Utama

"YOUR CHILD'S EDUCATION IS OUR PRIORITY"


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog design:www.facebook.com/unique.snap.syazwan